Kami menyediakan perkhidmatan:
Rawatan Kesihatan
Kami menawarkan khidmat rawatan kesihatan alternatif iaitu melalui kaedah
Iridologi iaitu mengesan punca penyakit melalui anak mata.
Kami mengajar pesakit menggunakan segala fitrah (
nature)
yang ada di dalam dirinya, spiritual, mental, emosi dan fizikal dan
nature yang ada disekeliling dirinya seperti orang, binatang, udara,
air, tumbuhan dan tenaga fitrah yang lain untuk berada di dalam keadaan
harmoni.
Kami turut menggunakan kaedah minda separa sedar (
subconscious mind) untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit.
Tahap peratusan masalah di dalam badan dapat dikesan dengan analisa iris mata pesakit.
Rawatan dengan Kaedah Homeopati
Kami juga memberi rawatan menggunakan kaedah Homeopati di mana pesakit akan dianalisa dari segi tabiat, kebiasaan, perangai, kesukaan, kelemahan dan sebagainya untuk menentukan remedi atau ubat yang sesuai untuk masalah yang dihadapi.
Ceramah Kesihatan dan Kursus Asas
Kami
turut memberi ceramah kesihatan bertujuan memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui pengambilan
makanan secara sihat dan semulajadi, bagaimana menangani tekanan (
stress) secara positif bagi menjaga keseimbangan antara mental, spiritual, emosi dan fizikal insan.
Kami turut menyediakan kursus-kursus asas
Iridologi dan Terapi Natural, herba-herba, Kuasa Minda dan terapi alternatif yang berkaitan.
Pembekalan Makanan Tambahan
Selain itu, kami turut menjadi pembekal dan pengedar makanan tambahan (
supplement)
yang berasaskan herba dan bahan-bahan semulajadi.
Produk-produk yang
ditawarkan termasuklah produk yang kami formulakan sendiri yang
berasaskan 100% bahan semulajadi. Kami turut membekal produk-produk
kesihatan terbaik daripada syarikat luar sebagai produk sampingan.
Nota:
Dr. Hajjah Fatimah (N.D) / Dr Tina sering dijemput memberi ceramah kesihatan di
pelbagai institusi kerajaan, swasta mahupun sekolah dan pusat pengajian
tinggi. Antara tajuk yang sering menjadi pilihan ialah "Cara-cara
menangani tekanan (stres) secara natural" dan "Bagaimana memanfaatkan
kuasa minda separa sedar ke arah kecemerlangan diri".
Sebarang
jemputan ceramah boleh diajukan melalui surat yang difax ke pejabat
kami ataupun menghubungi kami ataupun beliau sendiri.
No tel / faks pejabat: 03-5510 9357 (10 pg - 5.30ptg)
No hp Dr Tina: 019-3132377