MERAWAT FIZIKAL, MENTAL , SPIRITUAL, & EMOSI INSAN..
Showing posts with label Produk Kami. Show all posts
Showing posts with label Produk Kami. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

Produk Kami: Xooma X2o


XOOMA X2O



Xooma x2o merupakan satu produk pembersihan air yang dapat menjadikannya lebih menyerap dan lebih baik.

Xooma x2o berbentuk seperti uncang teh.
Penyediaannya amat mudah dengan hanya memasukkannya ke dalam air yang diisi di dalam botol khas yang diperbuat daripada ‘poly-carbonate’ yang bebas karsinogen. Goncang selama 15 saat, biarkan selama 5 minit dan sedia untuk diminum.

Air tersebut telah diperkaya dengan pelbagai jenis mineral organik yang kompleks seperti:

- Kalsium
- Magnesium
- Potassium
- 70+ sisa-sisa bahan mineral lain
- Pelbagai bahan anti- oksida

Hanya tambah satu uncang Xooma X2o ke dalam air minuman anda samaada air paip, air bertapis, air suling, air “reverse osmosis” atau air botol untuk menukarkannya kepada air bermineral serta kaya dengan oksigen.

Punca utama pelbagai penyakit kronik masakini adalah kerana kandungan ASID yang terlalu tinggi di dalam badan kita. ASID terhasil daripada gaya hidup, pencemaran alam sekitar dan tekanan (stress).

Oleh itu, untuk kekal sihat, badan perlu menyingkirkan asid berlebihan dengan mengambil makanan/minuman BERALKALI.

Minum air XOOMA X2O merupakan cara yang paling pantas untuk MENGALKALIKAN badan serta menyingkirkan ASID berlebihan!!!.

KHASIAT XOOMA X2O:

Menyingkirkan asid punca penyakit
Melawan sel-sel kanser secara semulajadi
Melindungi sistem kardiovaskular
Melindungi kesihatan tulang
Menyingkir lemak-lemak berlebihan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DIBANTU DENGAN XOOMA X2O:

Kanser/Fibroid/Cyst
Penyakit jantung
Darah tinggi
Kencing Manis
Penyakit kulit (Psiorisis, kudis-kudis, jerawat dll)
Kegemukan (Obesiti)
Gout
"Blood Rouleau" (sel-sel darah melekat antara satu sama lain)

Produk Kami: Psyllium Plus Fabermax

PSYLLIUM PLUS FABERMAX


Lebih dikenali sebagai “Berus Usus Besar”.

PSYLLIUM PLUS - FABERMAX
tidak mempunyai apa-apa nilai pemakanan. Tugasnya yang utama ialah membersih serta “memberus” usus kecil dan usus besar, lalu mengikat bahan toksik untuk dikumuhkan.

PSYLLIUM PLUS - FABERMAX melegakan dan mencegah autointoksikasi atau toksemia (yakni apabila toksin daripada bahan sisa diserap semula ke dalam aliran darah dan sistem tubuh menerusi dinding usus). Inilah punca lebih 90% sakit dan penyakit yang dihinggapi masyarakat kita hari ini.

Tetapi, setelah ditambah dengan bakteria baik, selain membersihkan usus, PSYLLIUM PLUS - FABERMAX turut memberi khasiat tambahan kepada sistem pencernaan.


Khasiat Bakteria Baik di dalam PSYLLIUM PLUS - FABERMAX:


Bakteria baik, Prebiotic FOS (fructo-oligosacharride) di dalam produk ini merupakan karbohidrat yang tak terhadam. Ia berfungsi menggalakkan pertumbuhan dan aktiviti pelbagai jenis bakteria baik di dalam salur pencernaan manusia. Ia amat penting untuk memastikan keterushidupan bakteria-bakteria baik di dalam badan manusia. Kombinasi bakteria-bakteria tersebut dapat membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan serta membantu proses detoksifikasi dengan lebih berkesan.



Produk ini adalah formula Dr. Tina sendiri yang dirumus hasil pengetahuan serta pengalaman beliau merawat pesakit secara natural selama lebih 20 tahun. 

Produk Kami: Pau D' Arco

PAU D' ARCO


PAU D’ARCO dikenali dengan nama saintifik TABEBUI AVELLANDEDAE atau T. IMPETIGINOSA. Ia dijumpai di hutan dan pergunungan Paraguay, Argentina dan Brazil. Tumbuhan ini berkemampuan untuk rawatan berkesan bagi penyakit kanser, Leukemia, Candida dan jangkitan-jangkitan lain. Bahagian pokok ini yang mempunyai khasiat ubat terletak pada lapisan sebelah dalam kulitnya, disebut floem.

Mengapa kita perlukan PAU D’ARCO?

Mekanisme pertahanan badan kita merosot setiap kali berhadapan dengan pencemaran, toksin atau radikal bebas daripada udara, air dan makanan yang kita ambil.


PAU D’ARCO yang banyak mengandungi sebatian lapachol terutamanya, berkesan menentang virus bawaan udara dan juga virus bukan bawaan udara. Ia menguatkan sistem imun (kebal) kita. Dengan itu, mekanisme pertahanan badan boleh melawan serta melindungi daripada jangkitan dan kanser. 

PAU D’ARCO juga didapati mampu merangsang pengeluaran sel darah merah dalam sumsum tulang. Ia menggalakkan pengaliran oksigen dalam darah

 

Khasiat PAU D’ARCO

  • Mengatasi demam, jangkitan kuman dan selsema.
  • Membantu dalam masalah pernafasan.
  • Melegakan dan mempercepat proses penyembuhan ulser kulit dan bisul serta gangguan kulit seperti ekzema.
  • Merangsang pengeluaran sel darah merah.
  • Mengandungi agen antitumor – kesan analgesik mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan kanser.
  • Agen antiinflamatori mengurangkan kesakitan, inflamasidan pelbagai gejala artritis.
  • Antivirus – terutama berkesan dalam mengatasi penyakit venereal.
  • Antioksidan – merencatkan penghasilan radikal bebas yang boleh memperlahankan proses penuaan.
  • Antifungal – boleh disapu pada bahagian berkenaan untuk menyekat pertumbuhan fungus, Candida dan jangkitan yis.
  • Secara sederhana membantu pergerakan usus dan memelihara pergerakan secara teratur.
  • Menyekat segala jenis masalah gastrousus.


Tindakan Pembersihan

Badan mempunyai hanya empat proses asas untuk menyingkirkan bahan buangan: pergerakan usus besar, pernafasan, perpeluhan dan pembuangan air kencing. Semasa sisa – sisa toksik serta bahan buangan dikeluarkan daripada sel atau dinyahkan atau disingkirkan daripada sel secara fisiologi menerusi tindakan herba, bahan buangan ada ketikanya mudah berkumpul di dalam darah, limfa, nodus limfa, kulit, hati dan buah pinggang menanti untuk disingkirkan daripada badan.
 

Penggunaan PAU D’ARCO boleh membebankan proses-proses ini diperingkat awal sehingga boleh menimbulkan rasa kurang selesa. Tidak perlu bimbang. Tanda sementara ini hilang sebaik sahaja toksin mula bergerak bebas keluar daripada badan. Ini tanda positif bahawa herba tersebut sedang bertindak.




PAU D' ARCO adalah pengganti yang terbaik untuk PANADOL yang mengandungi dadah yang sangat tidak baik untuk kesihatan jangka panjang.

Produk ini adalah formula Dr. Tina sendiri yang dirumus hasil pengetahuan serta pengalaman beliau merawat pesakit secara natural selama lebih 20 tahun.  

Produk Kami: Cascara Sagrada

CASCARA SAGRADA (JULAP)

CASCARA SAGRADA juga dinamakan sebagai Sacred Bark dan Chittem Bark adalah herba yang terhasil daripada kulit sejenis tumbuhan iaitu Rhamnus Purshiana. Orang asli Amerika lazimnya menggunakan herba tersebut untuk mengubati masalah sembelit dan perut bermasalah.

CASCARA SAGRADA merupakan sejenis julap yang selamat untuk mengatasi masalah sembelit ringan dan kronik tanpa ketagihan.

Antara khasiat herba yang terkandung di dalam produk ini termasuklah:

1.Membantu sistem pencernaan dengan cara merangsangkan pengeluaran bendalir perut, hati, pankreas dan hempedu.

2.Untuk mengubati demam kuning, buasir dan sakit perut.

3.Agen pembersihan badan dan menyingkirkan toksik dari badan.

4.Bersifat sebagai antibiotik dalam sistem pencernaan. Sangat berkesan untuk mengatasi semua masalah berkaitan penghadaman makanan.

5.Melegakan sistem bersaraf dan membantu supaya tidur lena kalau diambil sebelum tidur

6.Berkesan untuk mencegah pembentukan batu karang.

7.Membantu untuk menghapuskan batu karang dari hempedu.


Tindakan sebagai julap akan berkesan dalam tempoh 6 hingga 8 jam selepas pengambilannya. Adalah biasa sekiranya CASCARA SAGRADA mungkin menjadikan air kencing berwarna kemerahan buat sementara.

Tidak dinasihatkan bagi ibu mengandung dan ibu yang menerima rawatan, juga kepada mereka yang bermasalah ulser dan usus.


Produk ini adalah formula Dr. Tina sendiri yang dirumus hasil pengetahuan serta pengalaman beliau merawat pesakit secara natural selama lebih 20 tahun. 


Produk Kami: Jus Maqui Berry


JUS MAQUI BERRY


Produk ini adalah ekstrak Maqui Berry iaitu sejenis buahan beri yang mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Ia berbentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air untuk dijadikan jus. Khasiat yang terkandung di dalam Jus Maqui Berry adalah:
  • Beri / Buah yang mengandungi antioksidan yang tertinggi di seluruh dunia.
  • Menurunkan berat badan.
  • Meninggatkan kekuatan dan daya ketahanan.
  • Menyokong kesihatan penuaan.
  • Meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.
  • Menambahkan paras tenaga.
  • Aktiviti anti-radang.
  • Melindungi LDL daripada pengoksidaan.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.
  • Mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL)
  • Menyokong kesihatan saluran darah jantung


  
Produk ini adalah formula Dr. Tina sendiri yang dirumus hasil pengetahuan serta pengalaman beliau merawat pesakit secara natural selama lebih 20 tahun.

Produk kami: Pomegranate Full Spectrum




 POMEGRANATE FULL SPECTRUM

 Produk ini adalah ekstrak buah delima yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan. Delima atau nama saintifiknya Punica Granatum adalah tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Delima mempunyai tiga jenis iaitu Delima Merah, Delima Putih dan Delima Ungu.

 Antara khasiat produk ini adalah:
 

  •  Mencantikkan Kulit Wajah
  • Merawat Jantung dan Hati
  • Daya Tahan Penyakit
  • Melancarkan Peredaran Darah
  • Mencegah Gastrik
  • Mencegah Kanser seperti kanser usus, payudara & prostat.
  • Membuang Lemak
  • Menambah Tenaga
  • Meredakan Gout
  • Meredakan Sakit Kepala
  • Meredakan Kahak
  • Menyuburkan Rahim
  • Mencuci Darah Kotor
  • Kecergasan Minda

Produk ini adalah formula Dr. Tina sendiri yang dirumus hasil pengetahuan serta pengalaman beliau merawat pesakit secara natural selama lebih 20 tahun.