MERAWAT FIZIKAL, MENTAL , SPIRITUAL, & EMOSI INSAN..

Wednesday 30 April 2014

Tentang Kami







 PUSAT KESIHATAN NATURAL TERAPI USAHASAMA ANDA (No. Pendaftaran 000858198 X) 
ditubuhkan pada 03 Mac 1991. 

Rawatan kesihatan alternatif dan perkembangan spiritual, mental, emosi dan fizikal insan.





 Kami Menawarkan Perkhidmatan:
- Iridology Test
- Rawatan Kaedah Homeopati
- Test Ph
- Kaunseling Kesihatan

- Produk Kesihatan


Kunjungi Kami di:



Ibu Pejabat:
--Pusat Daerah Seksyen 6, Shah Alam (10pg - 5.30ptg)
(Kaunseling kesihatan & pembelian produk sahaja)
016-3110212 - Mujaheed 

- CAWANGAN 1
-- Plaza Alam Sentral,Shah Alam ( 10pg-8mlm)

(Rawatan, kaunseling kesihatan & pembelian produk)
019-3132377 - Dr Tina


- CAWANGAN 2
-- Kompleks PKNS,Kuala Selangor ( 10pg-6ptg)

 (Rawatan, kaunseling kesihatan & pembelian produk)
017-3039517 Hibatullah



  Untuk pembelian online & penghantaran produk:

017-3039517 - Hibat (call/sms/whatsapp)


Jom amalkan kehidupan Sihat Secara Natural..

Friday 28 February 2014

Khidmat Kami

Kami menyediakan perkhidmatan:

Rawatan Kesihatan

Kami menawarkan khidmat rawatan kesihatan alternatif iaitu melalui kaedah Iridologi iaitu mengesan punca penyakit melalui anak mata.

Kami mengajar pesakit menggunakan segala fitrah (nature) yang ada di dalam dirinya, spiritual, mental, emosi dan fizikal dan nature yang ada disekeliling dirinya seperti orang, binatang, udara, air, tumbuhan dan tenaga fitrah yang lain untuk berada di dalam keadaan harmoni.

Kami turut menggunakan kaedah minda separa sedar (subconscious mind) untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit.




Tahap peratusan masalah di dalam badan dapat dikesan dengan analisa iris mata pesakit.



Rawatan dengan Kaedah Homeopati

Kami juga memberi rawatan menggunakan kaedah Homeopati di mana pesakit akan dianalisa dari segi tabiat, kebiasaan, perangai, kesukaan, kelemahan dan sebagainya untuk menentukan remedi atau ubat yang sesuai untuk masalah yang dihadapi.


Ceramah Kesihatan dan Kursus Asas

Kami turut memberi ceramah kesihatan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui pengambilan makanan secara sihat dan semulajadi, bagaimana menangani tekanan (stress) secara positif bagi menjaga keseimbangan antara mental, spiritual, emosi dan fizikal insan.

Kami turut menyediakan kursus-kursus asas Iridologi dan Terapi Natural, herba-herba, Kuasa Minda dan terapi alternatif yang berkaitan.


Pembekalan Makanan Tambahan

Selain itu, kami turut menjadi pembekal dan pengedar makanan tambahan (supplement) yang berasaskan herba dan bahan-bahan semulajadi.

Produk-produk yang ditawarkan termasuklah produk yang kami formulakan sendiri yang berasaskan 100% bahan semulajadi. Kami turut membekal produk-produk kesihatan terbaik daripada syarikat luar sebagai produk sampingan.



Nota: Dr. Hajjah Fatimah (N.D) / Dr Tina sering dijemput memberi ceramah kesihatan di pelbagai institusi kerajaan, swasta mahupun sekolah dan pusat pengajian tinggi. Antara tajuk yang sering menjadi pilihan ialah "Cara-cara menangani tekanan (stres) secara natural" dan "Bagaimana memanfaatkan kuasa minda separa sedar ke arah kecemerlangan diri".

Sebarang jemputan ceramah boleh diajukan melalui surat yang difax ke pejabat kami ataupun menghubungi kami ataupun beliau sendiri.

No tel / faks pejabat: 03-5510 9357 (10 pg - 5.30ptg)
No hp Dr Tina: 019-3132377 

Friday 31 January 2014

Profil Perawat




Nama : Dr. Hjh. Fatimah binti Ahmad @ Tina (N.D)
(Doctor of Natural Medicine, Scotland / England)

No. Telefon : 019-3132377

Alamat : Lot 5G-6, Pusat Daerah Seksyen 6,
40000 Shah Alam
Selangor

Akademik : Doctor in Naturopathy (N.D) dari Institute of Herbalist and
Osteopathy of London, England.

Pengalaman :

Lebih 20 tahun merawat pesakit melalui kaedah Iridologi – (melihat kelemahan atau punca penyakit melalui anak mata), Homeopati dan Naturopati.

Memberi ceramah di institusi-institusi kerajaan dan swasta antaranya:

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
2. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
3. Puspanita
4. Lembaga Tabung Haji
5. Telekom Malaysia Berhad
6. Tenaga Nasional Berhad
7. Permodalan Nasional Berhad
8. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
9. Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS)
10. Program-program kemasyarakatan setempat
11. Persatuan-persatuan
12. Sekolah-sekolah sekitar negeri Selangor
13. Masjid-masjid


Latar Belakang Peribadi :
Dr. Hjh. Fatimah pernah jatuh sakit yang kronik ketika menuntut di sebuah universiti di England. Beliau terpaksa bercuti belajar untuk merawat dirinya. Dalam proses mendapatkan rawatan tersebut, beliau diizinkan Allah untuk meneroka rahsia rawatan semulajadi dan sihat semula serta berjaya memperolehi Doctor in Naturopathy (N.D) dari Institute of Herbalist and Osteopathy of London, England.


Antara Sijil-Sijil penghanrgaan yang pernah beliau perolehi:







*Anda boleh mendapatkan Biodata Penuh Dr Tina untuk tujuan penganjuran ceramah kesihatan atau yang berkaitan dengannya.